Pernah tak terdetik di hati anda... "Betul ke arah kiblat rumah aku ni?"
Anda sekeluarga sedaya upaya menjaga solat 5 waktu setiap hari. Tapi jauh di sudut hati, adakah anda benar-benar yakin arah sejadah yang anda hamparkan itu tepat mengadap Kaabah?
Jangan biarkan ibadah yang dijaga rapi terbatal begitu sahaja, hanya kerana satu kesilapan teknikal yang anda sendiri tidak sedar.
Perkara Ini Mungkin Jarang Dikongsikan, Tetapi Realitinya Sangat Menakutkan!
- Fakta 1: Syarat utama sah solat adalah mengadap kiblat. Jika kiblat tidak tepat, solat anda tidak sah.
- Fakta 2: Tahukah anda? Ralat (kesilapan) arah kiblat yang dibenarkan oleh syarak hanyalah dalam lingkungan 2 hingga 6 darjah sahaja.
- Fakta 3: Jika tersasar 1 darjah sahaja, bermaksud anda sudah tersasar sejauh 1,200 kilometer dari Kaabah! Cuba bayangkan jika ralat di rumah anda lebih daripada itu? Anda sebenarnya sedang sujud menghadap ke mana?
"Tapi... saya dah guna kompas kiblat di smartphone. Mestilah tepat, kan?"
Awas! Ini adalah kesilapan paling kerap berlaku di kalangan kita.
Aplikasi di smartphone sangat mudah terdedah kepada ralat magnetik. Ia berpunca daripada gangguan peranti elektronik lain, besi struktur di dalam dinding rumah, atau televisyen yang berada berdekatan dengan anda.
Akibatnya? Bacaan kiblat di skrin telefon anda boleh lari jauh sehingga 30 ke 90 darjah. Anda sangka anda sedang mengadap Kaabah, rupanya kiblat anda menghala ke negara lain!
Ini Bukan Teori Rekaan, Ini Realiti Pahit...
Berdasarkan pengalaman kami turun padang membuat semakan arah kiblat di lebih 1,000 buah rumah, penemuan kami sangat menyedihkan...
90% daripada rumah yang disemak mempunyai ralat kiblat lebih 30 darjah! Cuba bayangkan, 9 daripada 10 buah rumah mendirikan solat ke arah yang salah selama bertahun-tahun lamanya tanpa mereka sedari.
Ada Jalan Penyelesaian Yang Mudah
Kami sama sekali tidak mendakwa kiblat rumah anda sekarang salah. Kami faham, ilmu mencari arah kiblat yang tepat ini jarang sekali diajar secara praktikal ketika di bangku sekolah. Ia bukan salah anda.
Jadi, demi menjaga kesempurnaan ibadah anda sekeluarga, kami telah menghasilkan Video Panduan Semak & Tanda Arah Kiblat DIY.
Ini adalah kaedah paling mudah, ringkas, dan sangat simple untuk anda semak sendiri arah kiblat di rumah tanpa rasa ragu-ragu lagi!
Kenapa Anda Boleh Yakini Panduan Ini?
Kami adalah pasukan dari Qibla Project yang telah ditubuhkan sejak tahun 2016.
Setakat ini, kami telah menyemak arah kiblat lebih dari 1,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang sahaja. Kami bukan sekadar tangkap muat. Kami memiliki pentauliahan rasmi sebagai Petugas Arah Kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Sehingga kini, kami masih aktif menjalankan tugas semakan turun padang jika ada kelapangan dari jadual kerja hakiki kami. Ilmu dan pengalaman inilah yang kami curahkan ke dalam video panduan ini.
Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Video Ini?
- Langkah demi langkah (Step-by-step): Cara menyemak kiblat yang 100% bebas daripada sebarang gangguan ralat magnetik.
- Kaedah Tandaan Tepat: Cara menanda arah kiblat dengan betul hanya menggunakan alatan ringkas yang memang sedia ada di rumah anda.
Manfaat Utama: Peace of mind (Ketenangan hati). Anda, pasangan, dan anak-anak tidak perlu lagi rasa was-was setiap kali mengangkat takbir.
Berapakah Nilai Kepastian Ibadah Anda Sekeluarga?
Jika anda mengupah pihak bertauliah untuk datang menyemak di rumah, kosnya pasti jauh lebih tinggi. Harga rasmi untuk Pakej Video Panduan ini adalah RM79.00.
Berita baik! Sempena Promosi Pengenalan ini, kami tawarkan pada harga yang tidak masuk akal...
Selepas kuota 190 orang ini penuh, sistem akan dinaikkan kembali kepada harga asal RM79.00 secara automatik.
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN VIDEO (RM19) SEKARANGATAU
📱 TEMPAH DI WASAPUsah bertangguh dalam urusan ibadah. Laburkan sedikit rezeki hari ini untuk kepastian ibadah buat selamanya.