Jangan biarkan ibadah yang dijaga rapi terbatal begitu sahaja, hanya kerana satu kesilapan teknikal yang anda sendiri tidak sedar.
Realiti Kiblat Yang Ramai Terlepas Pandang
Perkara ini mungkin jarang dikongsikan, tetapi realitinya sangat menakutkan:
- Syarat Sah Solat: Mengadap kiblat adalah syarat sah solat. Jika kiblat tidak tepat, solat anda tidak sah.
- Had Toleransi: Tahukah anda? Ralat (kesilapan) arah kiblat yang dibenarkan oleh syarak hanyalah dalam lingkungan 2 hingga 6 darjah sahaja.
- Kesan Ralat 1 Darjah: Jika tersasar 1 darjah sahaja, bermaksud anda sudah tersasar sejauh 1,200 kilometer dari Kaabah! Cuba bayangkan jika ralat di rumah anda lebih daripada itu? Anda sebenarnya sedang sujud menghadap ke mana?
"Saya dah guna kompas di telefon. Mestilah tepat, kan?"
Awas! Ini adalah kesilapan paling kerap berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini.
Aplikasi di smartphone sangat mudah terdedah kepada ralat magnetik. Ia berpunca daripada gangguan peranti elektronik lain, besi struktur di dalam dinding rumah, atau televisyen yang berada berdekatan dengan anda.
Penemuan Mengejutkan Dari Lapangan
Ini bukan sekadar teori rekaan. Berdasarkan pengalaman kami turun padang membuat semakan arah kiblat di lebih 1,000 buah rumah, penemuan kami sangat menyedihkan...
90% daripada rumah yang disemak mempunyai ralat kiblat lebih 30 darjah! Cuba bayangkan, 9 daripada 10 buah rumah mendirikan solat ke arah yang salah selama bertahun-tahun lamanya tanpa mereka sedari.
Jalan Penyelesaian Yang Mudah & Diyakini
Kami sama sekali tidak mendakwa kiblat rumah anda sekarang salah. Kami faham, ilmu mencari arah kiblat yang tepat ini jarang sekali diajar secara praktikal ketika di bangku sekolah.
Jadi, demi menjaga kesempurnaan ibadah anda sekeluarga, kami telah menghasilkan Video Panduan Semak & Tanda Arah Kiblat DIY.
Ini adalah kaedah paling mudah, ringkas, dan sangat simple untuk anda semak sendiri arah kiblat di rumah tanpa rasa ragu-ragu lagi!
Kenapa Anda Boleh Yakini Panduan Ini?
Kami adalah pasukan dari Qibla Project yang telah ditubuhkan sejak tahun 2016. Setakat ini, kami telah menyemak arah kiblat lebih dari 1,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang sahaja.
Kami bukan sekadar tangkap muat. Kami memiliki pentauliahan rasmi sebagai Petugas Arah Kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Sehingga kini, kami masih aktif menjalankan tugas semakan turun padang. Ilmu dan pengalaman inilah yang kami curahkan ke dalam video panduan ini untuk manfaat anda sekeluarga.
Apa Yang Anda Akan Belajar Dalam Video Ini?
- Langkah demi langkah (Step-by-step): Cara menyemak kiblat yang 100% bebas daripada sebarang gangguan ralat magnetik.
- Kaedah Tandaan Tepat: Cara menanda arah kiblat dengan betul hanya menggunakan alatan ringkas yang memang sedia ada di rumah anda.
Manfaat Utama: Peace of mind (Ketenangan hati). Anda, pasangan, dan anak-anak tidak perlu lagi rasa was-was setiap kali mengangkat takbir.
Berapakah Nilai Kepastian Ibadah Anda Sekeluarga?
Jika anda mengupah pihak bertauliah untuk datang menyemak di rumah, kosnya pasti jauh lebih tinggi. Harga rasmi untuk Pakej Video Panduan ini adalah RM79.00.
Berita baik! Sempena Promosi Pengenalan ini, kami tawarkan pada harga yang sangat istimewa...
Selepas kuota 190 orang ini penuh, sistem akan dinaikkan kembali kepada harga asal RM79.00 secara automatik.
DAPATKAN VIDEO PANDUAN (RM19)Usah bertangguh dalam urusan ibadah. Laburkan sedikit rezeki hari ini untuk kepastian ibadah buat selamanya.